5 ShoutBox Alternatif Kepada Shoutmix

Shoutbox juga dikenali dengan nama saybox, chatbox, chatterbox atau tagboard merupakan ruangan yang membolehkan pengunjung sesebuah web meninggalkan mesej atau pesanan tanpa sebarang bentuk pendaftaran. Penggunaan Shoutbox boleh dikatakan sangat meluas dalam kebanyakan blog. Salah satu Shoutbox yang cukup terkenal dan mengungguli pasaran Shoutbox adalah Shoutmix. Walaubagaimanapun, seperti yang anda sedia maklum, Shoutmix akan menamatkan perkhdmatan percumanya bermula 1 Januari 2012 seperti yang telah dinyatakan di dalam web mereka. Semua perkhidmatan percuma Shoutbox Shoutmix akan diberhentikan dan memerlukan anda untuk membayar bagi mendapatkan akaun premium untuk mendapat khidmat Shoutmix. Jika anda rasakan anda masih kurang berkemampuan untuk membayar bagi perkhidmatan Shoutbox, maka artikel kali ini dihasilkan bertujuan membantu anda dengan mencadangkan shoutbox alternatif daripada syarikat lain yang masih mampu memberikan perkhidmatan Shoutbox secara percuma.

Antara website atau syarikat lain yang memberi perkhidmatan Shoutbox:

1. Cbox

Tidak dinafikan, cbox merupakan salah satu chatterbox yang terkenal dan menjadi pesaing yang hebat untuk shoutmix. Kemampuan Cbox boleh dikatakan setanding dengan Shoutmix. Cuma terdapat perbezaan dari segi limitation atau sekatan yang diberikan kepada akaun percuma. Sebagai contoh, fungsi “website lock” hanya diberikan kepada akaun premium dalam Cbox tetapi dibenarkan untuk akaun percuma dalam Shoutmix. Untuk pengetahuan anda, “website lock” adalah fungsi yang menghalang shoutbox anda daripada digunakan atau diletakkan pada website (url) lain. Selain daripada itu, akaun percuma Cbox tidak membenarkan anda untuk meletakkan “custom filtering”, “sticky message” dan beberapa perkara lain. Walaubagaimanapun, secara keseluruhan, akaun percuma Cbox, masih setaraf dan setanding dengan Shoutmix.

 

2. iShoutbox

ishoutbox juga merupakan salah satu shoutbox yang sering dicadangkan oleh blogger. ishoutbox setakat ini memberikan semua perkhidmatan secara percuma dan masih belum mengenakan bayaran bagi shoutbox mereka. Setiap fungsi seperti smiley, ajax user online, paused mode dan berbagai lagi diberikan secara percuma kepada setiap pengguna ishoutbox tanpa sebarang sekatan atau limitation. Walaubagaimanapun, jumlah pengguna ishoutbox masih sedikit jika dibandingkan dengan cbox.

 

3. Oggix

Jika anda telah menggunkan Shoutbox dalam tempoh yang lama, mungkin anda pernah menggunakan Oggix sebagai shoutbox anda. Jika anda masih mempunyai code Oggix, saya percaya anda masih boleh menggunakan shoutbox Oggix. Walaubagaimanapun, pada ketika ini, perkhidmatan Shoutbox Oggix telah digantikan dengan Shoutcamp

 

4. Shoutcamp

Shoutcamp salah satu shoutbox yang dilengkapi dengan smiley, avatar, beberapa design shoutbox yang menarik juga fungsi ajax seperti kebanyakan shoutbox lain. Saya juga dimaklumkan anda boleh menghasilkan beberapa shoutbox menggunakan akaun yang sama dalam Shoutcamp. Ketika ini, Shoutcamp masih lagi diperingkat beta tetapi anda masih boleh mendapatkan perkhidmatan mereka secara percuma tanpa sebarang invitation.

 

5. Free-Shoutbox

Shoutbox yang simple tetapi juga masih mengekalkan fungsi ajax. Selain daripada itu, free-shoutbox dilengkapi dengan banning ip, filtering word dan terdapat fungsi private mode dimana pengguna dikhendaki untuk mendaftar atau register sebelum menggunakan Shoutbox tersebut.

 

Saya percaya, terdapat banyak lagi Shoutbox yang boleh anda gunakan selain yang saya nyatakan di atas. Secara peribadi, saya tidak pernah menggunakan kesemua Shoutbox diatas. Website atau syarikat yang saya nyatakan di atas hanya cadangan semata berdasarkan kemampuan, kebolehan serta kemahsyuran Shoutbox tersebut berbanding Shoutbox daripada syarikat lain. Jika anda pernah menggunakan Shoutbox diatas atau Shoutbox yang lain, pendapat anda sangat dialukan dan saya hargai untuk perkongsian pembaca. Anda boleh ke Shoutbox Khidhir dot Com untuk melihat contoh shoutbox yang telah diletakkan dan meninggalkan jeritan anda di sana.

34 Replies to “5 ShoutBox Alternatif Kepada Shoutmix”

  1. banyak sekarang persaingan , untuk shouboxx sekarang nih… banyak pilihan… sangat best.. yang ada banyak function2.. macam smiley..hehe

  2. EB tak begitu nampak sumbangan atau fungsi sebenar shoutbox untuk sesebuat blog pada masa kini. Ramai hanya spam link untuk dapat visitor.. konklusinya, my blog tak letak pun shoutbox2 ni..

    1. Betul gak tu. Cuma pada saya, masih ada orang yang gunakan untuk dapat trafik terutama blog baru. Sebab dulu-dulu saya sendiri pun gunakan shoutbox sebagai cara untuk dapatkan trafik. So, takpe la. Bagi peluang pada orang yang memang berniat tulus ikhlas untuk tambah trafik.

  3. Selalunya begitulah mula-mula free lepas tu tutup dan kalau ada masih berminat kena bayar … hehehe taktik baik punya.
    tetapi benjy tak letak shot mix di blog takut loadingnya lambat …
    Jika ada alternatif shoutbox ia menguntungkan blogger yang minat letak shoutmix kat blog …

    1. Betul-betul. Saya pun dah letak satu tak cuba yang lain dah. Cuma kebetulan yang sy letak dulu shoutmix. Bila yang free da tutup, terpaksa la tukar kan. Mana mampu nak bayar

    1. kalau nak letak kat sidebar:
      appearance > widgets > text (widget).
      Tarik text widget tu kesebelah kanan (sidebar), lepas tu paste je code kat text widget tu. save

      Kalau nak letak kat page:
      Buat je page baru (create new page), kat atas kotak tempat tulis tu ada tab html. Klik html. Paste code dalam tu. publish

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *