5 sebab kenapa Apple Iphone 4 dikatakan kurang berkualiti

24 Sepetember 2010, iphone 4 telah dilancarkan di Malaysia selepas beberapa bulan berada di pasaran Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain dan Perancis. 2 syarikat komunikasi iaitu Maxis dan Digi telah membuat pelancaran Apple iphone 4 ini. Maxis membuat pelancaran di The Gardens, Mid Valley  dan dipaparkan secara langsung di  televisyen termasuk rancangan berita Buletin Utama di TV3. Ternyata memang ramai peminat Apple di Malaysia yang sentiasa menunggu produk buatan syarikat terkenal  yang berasal dari Cupertino, California ini.  Tempahan di Malaysia sahaja dikatakan melebihi setengah juta. Artikel ini ditulis bagi menyatakan fakta tentang kekurangan atau kelemahan iphone 4 yang sering diperkatakan semenjak ia dipasarkan di luar Malaysia

1. Masalah penerimaan signal atau antenna

Hal ini merupakan masalah utama dengan iphone 4. Masalah ini juga dikenali sebagai death grip. Cara pegangan anda akan mempengaruhi kualiti penerimaan signal sehingga boleh menyebabkan panggilan terputus. Perkara ini diuji sendiri oleh AntennaSys. Apple menyatakan atau meminta pengguna mengelakkan daripada menggenggam di sudut kiri bawah yang mempunyai garis hitam. Bercakap tentang realiti, berapa ramai pengguna  yang akan sentiasa menjaga cara pegangan semasa mengendalikan iphone? Walaubagaimanapun, penggunaan “bumper case” dikatakan akan dapat membantu mengurangkan masalah ini. Cuma diharapkan Apple akan berikan secara percuma memandangkan kelemahan ini menghilangkan fungsi utama sebuah telefon.

2. Masalah skrin

Terdapat pengguna yang menyatakan bahawa terdapat bintik kuning di skrin iphone 4 . Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan. Namun mengikut sejarah Apple, pada tahun lepas, pengguna desktop iMac terbaru ketika itu melaporkan skrin iMac kelihatan kuning dan Apple mengakui kesilapan mereka serta mengembalikan wang kepada pengguna yang terlibat. Jika masalah ini terjadi lagi pada iphone 4, nampaknya pihak Apple benar-benar perlu belajar dari kesilapan mereka.

3. Iphone 4 terbakar?

Satu laporan di sebuah website menyatakan sebuah iphone 4 terbakar sehingga mencederakan tangan pemiliknya. Kes ini terjadi ketika pemilik iphone tersebut cuba untuk menyambungkan iphone 4 dengan PC menggunakan kabel USB asli daripada Apple. Menurut kedai pengedar Apple terbabit, kejadian tersebut berpunca daripada port USB pada iphone tersebut dan bukan kesilapan pengendalian pengguna. Menurut seorang blogger inggeris Carlos Martins pula, iphone 4 menjadi sangat panas ketika menjalankan Ustream dari Iphone dalam tempoh yang singkat.

4. Masalah lain

Selain daripada masalah tersebut, A4 processor daripada iphone tidak memberikan fakta tentang “clock speed” processor terbabit. Juga terdapat laporan menyatakan  panggilan video iphone menggunakan wifi sahaja. Terdapat juga pengguna yang kurang berpuas hati dengan “battery life” iphone 4 iaitu 7 jam “talktime” semasa penggunaan 3G dan 14 jam “talktime” semasa penggunaan 2G walaupun secara peribadi saya rasakan tempoh masa “battery life” tersebut boleh diterima.

5. Ketahanan lasak fizikal

  1. Saya tidak mahu komen banyak tentang ini kerana ifixyouri telah menguji ketahanan iphone 4 yang telah dipasang dengan bumper case lagi. Saksikan video di bawah

 

Ketika artikel ini ditulis, saya tidak mempunya iphone 4. Percayalah, kalau saya ada pun, saya tak akan buat “drop test” seperti video di atas. Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang telah membeli iphone 4, boleh berkongsi dengan saya dan pembaca lain baik dan buruk iphone 4. Artikel ini bukan ditulis untuk menghalang anda membeli iphone 4, tetapi sekadar untuk menyatakan fakta dan berkongsi maklumat supaya anda tidak berasa tertipu jika ingin membelinya.

Sekian..

16 Replies to “5 sebab kenapa Apple Iphone 4 dikatakan kurang berkualiti”

    1. @buzymovie
      apa yg sy tulis itu yg sy dapat smpaikan beberapa fakta tentang iphone. Tp kalau org nak beli pun xde hal. Ada manusia2 yg da tak tau nak letak duit di kat mana, mungkin masih merasakan berbaloi utk dibeli

    1. @Azuan,
      Biasa la. setiap barang ada kelemahan masing2. cuma iphone 4 keluaran Apple kali ni terlalu byk kelemahan atau kesilapan besar dlm rekaan mereka. Mungkin Apple perlu lebih berhati2 di masa akan datang

  1. orang yang buat drop test nie…dia mmg kaya or maybe mmg untuk kepuasan…dulu masa ipad keluar…ada satu grup nie pecahkan ipad tue dan keluarkan ke youtube…diorang buat camtue juz suka2 dan ingin jadi pertama yang jahanamkan ipad…

  2. Saya sebagai pengguna Iphone rasa so far tak de sebarang masalah.. rasanya mungkin dakyah competitor untuk merossakkan imeh Apple. hehehhe.. Lov Iphone

    1. @Adem84,
      Bagi masalah signal, itu bukan dakyah competitor disebabkan pengakuan oleh CEO Apple sendiri Steve Jobs. Malah, rakan sy yg membeli iphone baru2 ini diberikan “bumper case” secara percuma membuktikan kebenaran masalah ini.
      Masalah skrin jika wujud, ia akan mengambil masa. Bukan la baru beli terus maslah skrin.
      Terbakar – Sumber beberapa website. Mungkin kes terpencil.
      Ketahanan lasak – Dah ada video pun. tengok je la. sebab sy tak rasa ada org Malaysia yg akan jatuhkan iphone dengan sengaja..
      😮 Apa2 pun, terpulang kpd pengguna. Masing2 ada citarasa dan kemampuan tersendiri..

  3. wow.. em tak mampu lg nak pki iphone. sony biasa jeh

    *agak2 ade berani tak nk buat test drop? haha

    **wahaha! kena cop SPAMBOT !! tak perasan test bwh tu

  4. sebenarnye kelemahan2 kt atas tu sebenarnye terlalu diperbesar2kan…

    cuba la pakai iPhone 4 tu dulu…rasa dulu pakai tu..

    hehe..

    tp terus terang cakap la…klw nk ikut suasana ekonomi kat Mlysia tu,berdasarkan taraf hidup org2 kite ni,baek pakai android sbb harga murah dan berpatutan..

    iPhone ni sesuai utk negara2 maju mcm US,Canada, UK dan lain2…

    =)

    sy pakai iPhone..dan blaja di Canada…jdi klw pakai iPhone,byk kelebihannye berbanding smartphone2 lain..

    1. @Zulfadhli,
      Macam yang saya nyatakan. Setiap benda ada kebaikan dan kelemahannya.

      Saya cuma menyatkan kelemahan iphone tersebut supaya pengguna bersedia dan tidak akan rasa tertipu bila membeli.

      Xkan la nak suruh web Apple tulis kelemahan iphone. Kalau kaya, beli je la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *