5 Langkah Install Ubuntu Dual Boot bersama Windows di PC

 

Anda ingin mencuba Ubuntu di PC tetapi masih ingin kekalkan OS Windows anda? Anda terasa dual boot Windows dan Ubuntu adalah sukar untuk dilakukan? Artikel ini akan menjelaskan secara terperinci  cara  termudah install dual boot Windows dan Ubuntu di PC anda dalam hanya 5 langkah.

Bagi sesiapa yang masih kurang pasti apa itu dual boot atau multi boot, ia merupakan teknik meletakkan atau install dua atau lebih Operating System dalam  satu PC. Contoh yang saya gunakan adalah meggunakan Windows 7. Langkah berikut akan install Ubuntu bersama dengan Windows 7 saya tadi dalam satu PC. Langkah mudah:

1. Download file iso dari website Ubuntu dan download  Wubi

2. Letakkan kedua-dua file yang anda download tadi didalam satu folder.

3. Run wubi.exe dan klik next sehingga paparan seperti di bawah terpapar di PC anda. Isikan semua ruangan yang disediakan. Pilih partition yang anda ingin install, bahasa, saiz pemasangan, nama dan password.

4. Tunggu, tunggu dan tunggu..

5. Reboot PC anda. Semasa booting system, anda akan diberikan pilihan untuk masuk ke dalam OS windows atau Ubuntu. Pilih Ubuntu dan proses installation akan dimulakan secara automatik. Tiada apa yang perlu anda klik. Anda hanya perlu berehat dan menanti dengan sabar sehingga proses itu selesai.

Mudah bukan? Selamat Mencuba..

20 Replies to “5 Langkah Install Ubuntu Dual Boot bersama Windows di PC”

  1. satu lagi tambahan..
    kalau betul3 suka, minat, nak explorer betul2..
    pakai dual boot aje la..
    wubi selalunya byk problem akan datang..

    1. @syahrilhafiz,
      maksudnya? sbb wubi mmg buat dual boot gak. cuma kalau apa yg syahril maksudkan adalah dgn cara manual install ubuntu, ditakuti risiko tersalah format bagi pengguna baru. sy dah cuba wubi agak lama, rasanya tak ada masalah besar sgt dan semuanya berjalan lancar. Tapi jika anda pengguna linux yg da lama dan agak advanced dlm computer, menggunakan cara manual adalah lebih digalakkan

        1. @joe,
          boleh bagi penjelasan lebih jelas? bahagian mana yang anda terpaksa tunggu sehingga 2 hari? 2 hari terlalu lama. tidak seharusnya jadi sedemikian. Selepas reboot, paling lama pun 30 hingga 60 minit sahaja.
          p/s:minta maaf lmbat reply. sibuk dgn exam.

    1. @x-po,
      yup. mmg best. cuba la. ada byk kelainan dari windows yg lebih menarik. Cara yang sy ajar ni pun sgt mudah dan sesuai utk pengguna baru. InsyAllah, tak ada apa2 masalah dgn installation.

  2. kenapa notebook saya tak leh nak install ubuntu??mse mule2 die kuar run ubuntu, install ubuntu pastu ape tah lagi,lupe..bile enter install..screen jd blank pastu kuar tulisan banyak2..pastu error..dah try install kat netbook ok je..tapi kt notebook ni xleh lak..notebook acer 4750g..intel i5,ram 4G, graphic nvidia gt 520m..ade kaitan ngan spec notebook gak ke??

    1. @pakcik,
      ok. Drpd penerangan anda saya rasa anda menggunakan cara install manual. sesetengah graphic card nvidia ada issue dengan ubuntu. Jadi apa yg anda boleh cuba:
      1. Masa mula2 kuar tu, cuba pilih safe graphic mode/basic graphic mode.
      2. Daripada menu live cd yg mula2 kuar tu, tekan f6 dan buang perkataan “quiet splash”. kemudian baru boot. Tetapi perlu diingat, selepas install, sila pastikan anda buang perkataan “quiet splash” daripada GRUB. (sudo gedit /boot/grub/menu.lst)

        1. @pakcik,
          Jgn cepat give up pakcik, teruskan usaha. Kalau dah dapat penyelesaian, boleh kongsi dengan pembaca lain kat sini. Anyway, pakcik boleh cuba cara yg saya terangkan dlm artikel ini. Sebab cara dlm artikel ini akan membuat installation daripada atas windows. Apa pun, semoga berjaya. Jika terdapat pertanyaan lain, harap pakcik tidak keberatan utk datang disini.

      1. @Khidhir, trime kasih bagi semangat..huhu..sebelum ni xleh sebab gune USB. gune universal usb installer xleh, gune wubi pun xleh. last2 kene burn dlm cd bru bleh install. cube try natty narwhal lak.nak study ati xtenang. nsib bek tdetik nak burn dlm cd.so,leh study ngn tenang pasni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *