Khidhir dot Com

Archive for December, 2012

Meletakkan Password Untuk Firefox

1612120

Dalam artikel sebelum ini 2 User Profile Dalam 1 Firefox, saya ada bercerita tentang profile dalam Firefox yang mana membolehkan kita untuk menghasilkan beberapa profile Firefox dalam 1 installation Mozilla Firefox. Bermaksud anda boleh mengasingkan pengguna lain daripada menggunakan Firefox yang telah anda setting bookmark, add-ons atau melihat history browser Firefox anda. Dalam erti kata lain, anda boleh menjadikan Firefox anda bersifat personal iaitu satu Firefox hanya untuk anda seorang. Namun begitu, yang menjadi persoalan adalah jika anda ingin menjadikan Firefox anda bersifat peribadi tanpa gangguan orang lain yang menggunakan PC atau laptop anda, bagaimana cara supaya anda dapat pastikan Firefox tersebut tidak boleh diakses oleh pengguna lain? Maka penyelesaian bagi masalah ini adalah dengan meletakkan password pada profile Firefox yang mempunya segala bookmark dan add-ons kepunyaan anda sendiri dan berhasrat menjadikan ia hak peribadi anda. Artikel yang sangat mudah dan ringkas ini akan memberikan cara untuk meletakkan password pada profile firefox.

Teruskan Membaca