Khidhir dot Com

Archive for September, 2011

Install Android Dalam PC Menggunakan Android-x86

Android adalah operating system, middleware dan key application yang digunakan untuk menjalankan aplikasi dalam handphone anda. Kebanyakan daripada kita sememangnya telah sedar akan kewujudan Android ini. Selain daripada dalam handphone, Android juga boleh dijalankan di dalam PC. Maka, dalam artikel kali ini, saya akan membawa kepada anda tentang langkah pemasangan atau tutorial installation Android dalam PC anda menggunakan perisian Android-x86. Selain daripada itu, saya juga akan berkongsi setting yang digunakan untuk pemasangan Android di atas platform VMware.

Teruskan Membaca

Handphone Android Murah

Ketika ini, handphone yang menggunakan operating system Android menjadi pilihan ramai pengguna telefon bimbit. Berbagai model handphone Adroid dilancarkan oleh pelbagai jenis syarikat seperti htc, Samsung, LG, Motorola, Dell, Sony, Huawei, Motorola, Alcatel dan lain-lain lagi. Berikutan hal ini, lambakan handphone Android berada di pasaran. Pelbagai faktor perlu dinilai seperti jenis screen, kamera, ketahanan bateri selain keupayaan processor serta saiz rom dan ram. Walaubagaimanapun, performance sesebuah handphone kadang kala sangat berkait rapat dengan kos atau bajet seseorang pembeli. Biasanya, handphone yang mahal mempunyai keupayaan yang lebih bagus daripada yang murah. Namun bagi pembeli yang mempunyai bajet yang rendah dan mencari handphone Android yang murah, dalam artikel ini saya mencadangkan beberapa model yang boleh anda dapatkan dalam anggaran kos RM400 hingga RM600 ketika ini.

Teruskan Membaca

Memastikan Kemampuan DNS Resolve Sesuatu Nama Domain

Dalam artikel sebelum ini, saya ada cerita tentang bagaimana anda boleh pastikan DNS (Domain Name Server) yang sedang anda gunakan dalam komputer atau PC anda. Dalam artikel kali ini, saya membawakan anda satu lagi command yang boleh anda gunakan bagi memastikan adakah Domain Name Server yang anda gunakan berkemampuan untuk resolve sesuatu nama domain. Sebelum itu, saya akan cuba menjelaskan sedikit konsep Domain Name System agar anda lebih memahami bagaimana SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) mampu menghalang anda daripada mendapat akses sesuatu website menggunakan DNS dan bagaimana penukaran Domain Name Server boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Teruskan Membaca

Cara Memastikan DNS Yang Anda Gunakan

Artikel ini dihasilkan lanjutan daripada Tutorial Bypass Website SKMM Block. Artikel tersebut menjelaskan langkah demi langkah bagaimana anda boleh mengubah DNS (Domain Name Server) yang anda gunakan seterusnya berjaya melepasi sekatan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Walaubagaimanapun, artikel tersebut hanya menggunakan contoh Windows 7 dan terdapat beberapa komen pembaca yang menghadapi masalah melepasi sekatan SKMM tersebut. Maka, dalam artikel kali ini, saya akan menjelaskan cara bagi anda memastikan DNS yang sedang anda gunakan bertujuan supaya anda dapat mengetahui samada configuration atau setting yang anda lakukan tersebut benar-benar berjaya.

Teruskan Membaca