Khidhir dot Com

2 User Profile Dalam 1 Firefox


279 makhluk telah membaca artikel ini

Artikel kali ini berkenaan dengan cara untuk buat profile dalam Mozilla Firefox. Mozilla Firefox merupakan salah satu browser yang tidak asing lagi. Saya juga percaya masih ramai lagi pengguna Mozilla Firefox di Malaysia. Namun kebanyakan daripada kita tidak sedar tentang satu fungsi yang terdapat dalam Mozilla Firefox iaitu Firefox membolehkan kita membuat banyak user profile dalam 1 installation. Konsepnya sama seperti dua user dalam 1 windows yang mana bertujuan memisahkan setting, document user-user tersebut dan lain-lain perkara. Bagi Mozilla Firefox, user yang belainan akan mempunyai bookmark, add on atau extension, history dan lain-lain perkara yang tidak akan sama dengan user lain. Pendek kata, apabila user baru dicipta dalam Mozilla Firefox, ia seolah-olah memberikan satu Firefox yang baru anda install. Maka ia juga sangat berguna dalam proses troubleshooting jika anda menghadapi masalah dengan add on atau extension tertentu.

 

Tutorial ini dengan anggapan Mozilla Firefox telah anda install terlebih dahulu dalam computer anda.

Langkah-langkah:

1. Start > Run

C:\Program Files\Mozilla Firefox\firefox.exe –profilemanager

 

Gambar seperti dibawah akan terpapar.

 

2. Klik Create Profile untuk membuat user baru. Satu wizard akan terpapar. Dalam 2 langkah anda akan berjaya membuat user profile yang baru. Sebagai peringatan, nama user tidak boleh sama dengan yang lain.

 

3. Sebaik sahaja selesai dengan wizard seperti gambar diatas, anda akan dipaparkan kembali dengan Profile Manager berserta dengan user yang baru.

 

Saya lebih suka butang “Don’t ask at startup” dalam keadaan untick. Hal ini terpulang kepada anda masing-masing. Dalam kes ini, apabila anda klik Firefox untuk run, Profile Manager seperti dalam gambar dibawah akan terpapar kembali untuk bertanya kepada anda user profile mana yang anda ingin pilih.

 

Selesai untuk create profile. Bagi memudahkan anda untuk memilih user profile yang anda ingin run atau execute, anda boleh create shortcut dengan profile tertentu.

 

Buat new shortcut ke firefox.exe dengan tambahan perkataan

-P "NamaUser"

dibelakang location item tersebut. Maka location item akan menjadi seperti contoh dibawah.

"C:\Program Files\Mozilla Firefox\firefox.exe" -P "KhidhirdotCom"

 

Lebih mudah anda boleh copy shortcut Firefox yang sedia ada dan edit “Target” shortcut tersebut. Rename shortcut tersebut dengan nama yang bersesuaian.

 

Maka apabila anda klik shortcut tersebut, Firefox yang execute akan mengikut user profile yang telah ditetapkan. Maka Profile Manager tidak akan terpapar.

 

Hasilnya dalam contoh ini, disebabkan anda untick ”Don’t ask at startup”, maka Profile Manager tersebut hanya akan terpapar jika ada shortcut yang tidak anda tetapkan user profile atau apabila anda klik file seperti index.html yang biasanya default application adalah browser dengan anggapan Firefox adalah default browser anda.

 

Jika anda ikuti langkah yang dinyatakan di atas, anda akan dapati sebenarnya anda tidak boleh run dua atau lebih user profile secara serentak. Maksudnya jika anda sedang execute Firefox User 1 dan anda klik shortcut Firefox User 2, Firefox baru yang terpapar adalah Firefox User 1 bukannya user 2. Bergantung kepada pendapat masing-masing, ada yang suka rekaan sebegini bagi mengelakkan kesilapan tetapi ada yang tidak suka.

 

Jika anda ingin Firefox boleh execute dua atau lebih user profile secara serentak, maka apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menambah perkataan berikut di hujung target location.

-no-remote

Hasilnya seperti berikut.

"C:\Program Files\Mozilla Firefox\firefox.exe" -P "KhidhirdotCom" -no-remote

Maka anda boleh execute dua profile firefox secara serentak.

 

Fungsi mencipta user profile ini sangat berguna jika anda berkongsi komputer atau anda memberikan komputer anda untuk dipinjam oleh orang lain. Selera manusia berbeza. Mungkin ada toolbar, add on atau extension yang anda gunakan tidak disukai oleh pengguna lain. Bookmark anda dengan pengguna lain juga pastinya berbeza. Diharapkan dengan fungsi seperti ini akan dapat menyelesaikan masalah anda.

 

Sekian. Selamat Mencuba

Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

6 Responses to “2 User Profile Dalam 1 Firefox”

  1. akubiomed says:

    Sekali sekala guna Firefox kerana berat. 🙂
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Salam AidilfitriMy Profile

  2. gamep01nt says:

    aku xtw apasal firefox kat laptop aku slow gila. loading slow, pastu slalu hang
    gamep01nt recently posted..Peh Lu Pernah Kena Hentak Dekat Kepala?My Profile

    • Khidhir says:

      firefox ada satu versi tu known bugs dia memang makan resource yang melampau. So update kepada yang latest firefox. Lepas tu ada kemungkinan add in atau extension terlalu banyak. Nak troubleshoot senang je. Ikut tutorial kat atas ni. buat account user baru.
      Tapi kalau compare dengan chrome, memang chrome lagi ringan

  3. Din says:

    kan bagus ada funsgi ni untuk chrome..
    sy tak suka mozilla

    • Khidhir says:

      untuk chrome ada dua cara sebenarnya. tapi chrome biasanya orang guna cara yang paling mudah ikut google account user.

Tinggalkan Komen Anda

CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.

Search Khidhir dot Com:

handphone slide murah
2 User Profile Dalam 1 Firefox 10 out of 10 based on 30 ratings. 13 user reviews.